Pada 6 Ogos 2024, telah berlangsungnya Islamic Fashion Festival di Museum of Art Contemporary (MOCA) Kuantan. Islamic Fashion Festival atau IFF merupakan salah satu platform bagi mengangkat martabat fesyen muslimah di mata dunia. Antara visi utama festival ini adalah untuk menggalakkan ekspresi dan interpretasi kreatif di kalangan pereka fesyen sebagai sumber inspirasi untuk menunjukkan kepelbagaian dan keupayaan fesyen Islam yang dinamik. Selain itu, menerusi rekaan-rekaan yang dipertontonkan, IFF berhasrat untuk mengetengahkan aspek pelbagai dimensi agama Islam dan memaparkan gaya segar dan artistik wanita muslimah.
Apakah perasaan anda pertama kali menyertai IFF?
Sebagai seorang pereka fesyen, perasaan teruja apabila dipanggil untuk menyertai fashion show yang besar, terutamanya yang melibatkan Kerabat Diraja dan Muzium Pahang, adalah sesuatu yang sukar untuk digambarkan. Ini bukan sekadar peluang untuk mempamerkan hasil rekaan, tetapi juga satu penghormatan besar untuk dapat berkarya di hadapan golongan yang sangat dihormati dan berpengaruh. Tambahan pula, ini adalah pengalaman pertama kali menggunakan fabrik yang begitu istimewa iaitu tenun Diraja Pahang.
Bagaimana boleh menyertai IFF dan apakah peranan anda?
Saya dipelawa oleh Kak Lin, owner jenama Zleqha untuk menyertai IFF ini. Peranan saya membantu dari segi memberi dan mengembangkan idea, menjahit baju dan juga aksesori yang akan dipakai pada hari peragaan itu nanti. Persiapan untuk fashion show pertama ini adalah satu pengalaman yang penuh dengan cabaran. Dari lakaran design sehingga ke proses menjahit -- dipenuhi dengan kesungguhan dan perhatian terhadap perincian. Saya belajar bahawa di sebalik keindahan di pentas, terdapat usaha keras yang tidak ternilai disebalik tabir.
Berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan setiap rekaan?Â
Setiap helaian pakaian yang diperagakan di pentas fashion show ini melalui proses pembuatan yang teliti dan memakan masa. Dari peringkat awal rekaan hingga kepada jahitan terakhir, setiap langkah diambil dengan penuh perhatian. Saya terlibat secara langsung dengan pereka, memilih fabrik terbaik, dan memastikan setiap potongan dan jahitan adalah sempurna. Proses ini memerlukan masa tiga bulan, satu bulan untuk planning dan sketching dan lagi dua bulan adalah proses menjahit. Kesabaran adalah kunci utama dalam memastikan setiap rekaan adalah seperti yang diinginkan. Mengurus masa untuk persiapan fashion show pertama ini bukanlah sesuatu yang mudah. Terdapat banyak cabaran yang timbul, termasuk perubahan pada rekaan dan masalah dengan fitting. Ada kalanya, saya terpaksa bekerja sehingga lewat malam untuk menjahit dan memastikan semuanya berjalan lancar. Namun, dengan sokongan daripada pasukan dan dedikasi yang kuat, setiap cabaran dapat diatasi dan kami berjaya menyiapkan semua persiapan tepat pada masanya.
Mengapa memilih tenun Pahang?
Walaupun tenun adalah seni tradisional, ia seharusnya terus relevan dalam dunia fesyen moden. Tenun kini tidak lagi terhad kepada pakaian tradisional, tetapi juga digunakan dalam aksesori, hiasan dalaman, dan bahkan karya seni moden. Ini menjadikan tenun sebagai satu elemen yang hidup dan dinamik, yang terus berkembang mengikuti zaman. Usaha untuk memperkenalkan tenun kepada dunia memerlukan gabungan promosi, pendidikan, dan inovasi.
Â
Â
Apakah cabaran yang dihadapi?
Tenun secara tradisional sinonim dengan rekaan klasik yang kaya dengan elemen budaya dan sejarah. Setiap corak dan motif dalam kain tenun tradisional membawa makna tertentu, mencerminkan identiti dan warisan sesuatu komuniti. Namun, apabila tiba masanya untuk menggabungkan elemen-elemen moden ke dalam rekaan tenun, cabarannya menjadi lebih kompleks.Salah satu cabaran terbesar adalah untuk mengekalkan integriti dan keaslian rekaan tradisional sambil memperkenalkan elemen-elemen moden yang segar dan relevan. Ini memerlukan pereka untuk berfikir di luar kotak, mencipta rekaan yang bukan sahaja inovatif tetapi juga menghormati asal usul seni tenun itu sendiri.
Â
Antara momen terindah sepanjang Islamic Fashion Festival?
Menghadapi pelbagai cabaran dalam menghasilkan satu rekaan yang sempurna untuk tenun Pahang adalah satu perjalanan yang penuh dengan usaha, kreativiti, dan ketelitian. Setiap langkah dalam proses ini mencerminkan dedikasi yang tinggi, dan apabila hasil akhir berjaya dipersembahkan kepada Tengku Ampuan Pahang serta semua yang terlibat, perasaan yang menyusul adalah sesuatu yang luar biasa, perasaan yang menggabungkan lega, bangga, dan kepuasan yang tidak terhingga.
Â
Â
Perkara yang takkan dilupakan?
 Satu perkara yang tidak akan pernah dilupakan ialah betapa pentingnya teamwork dalam mencipta sesuatu yang luar biasa. Dalam dunia kerja berpasukan, kita sering kali berhadapan dengan pelbagai jenis perangai dan personaliti yang berbeza. Setiap individu membawa sesuatu yang unik ke dalam kumpulan, ada yang suka berfikir di luar kotak, ada yang lebih suka mengikut aturan, dan ada juga yang sering mempersoalkan segala-galanya. Semua ini boleh menjadi cabaran besar, terutamanya apabila tekanan untuk mencapai kesempurnaan semakin meningkat.Â